Site icon TechNave BM

HUAWEI nova 8 dilancar di Malaysia: Kirin 820E, OLED 6.57 inci, kamera 64MP, berharga RM1,899

HUAWEI Malaysia semalam secara rasmi telah melancarkan sebuah telefon pintar baharu iaitu HUAWEI nova 8. Pelbagai hadiah percuma yang menarik ditawarkan kepada pembeli seperti pakej hiburan, baucar dan akses Huawei Cloud 200GB selama sebulan. Telefon ini tersedia dalam satu warna iaitu Blush Gold yang berharga RM1,899.

HUAWEI nova 8 dilengkapi dengan cipset Kirin 820E, RAM 8GB, panel skrin melengkung 6.57 inci OLED dengan skrin kadar segar semula 90Hz dan pensampelan sentuhan 240Hz. Seterusnya, ia hadir dengan paparan antara muka EMUI 12, storan dalaman 128GB serta kapasiti bateri 3,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.

Bahagian belakangnya terdapat tiga kamera iaitu sensor 64MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro). Manakala kamera swafotonya pula mempunyai sensor 32MP yang terletak di lubang (punch hole) bahagian tengah atas.

Selain itu, HUAWEI nova 8 menggunakan teknologi penyejukan 3D Graphene yang mengurangkan kepanasan ketika bermain game dan menstabilkan prestasi telefon. Ia juga mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin, bluetooth 5.0, port USB-C, pembesar suara mono dan HUAWEI Mobile Service.

Bagi yang berminat, anda boleh membeli di HUAWEI Store Online, Shopee, Lazada atau Senheng. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version