Site icon TechNave BM

HUAWEI nova 8 SE dilancar: Cipset Kirin 710A, cas pantas 66W, 4 kamera berharga ~RM1,340

Walaupun siri telefon pintar kelas pertengahan HUAWEI nova 9 telah dilancar, HUAWEI nampaknya masih menghasilkan produk dengan jenama nova 8 dan terbaru, mereka telah melancarkan satu lagi varian iaitu HUAWEI nova 8 SE.

Telefon ini dilengkapi cipset Kirin 710A, RAM 8GB, storan dalaman 128GB, skrin OLED berukuran 6.5 inci dengan resolusi FullHD+ dan kamera swafoto 16MP, bateri 3,800mAh dan pengecasan pantas 66W. Ia akan ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Sky Gradient, perak, biru dan hitam.

Untuk fotografi, nova 8 SE dilengkapi kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Sistem operasinya pula adalah HarmonyOS 2 dan setakat ini ia hanya dijual di China dengan harga CNY2,099 (~RM1,340).

Jika anda berminat untuk memiliki peranti HUAWEI nova di Malaysia, siri HUAWEI nova 8 kini dijual pada harga RM1,899 manakala HUAWEI nova 9 pula dijual pada harga RM1,999.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana peranti HUAWEI nova dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave

Exit mobile version