Site icon TechNave BM

HUAWEI nova 8 SE dilancar: Skrin OLED, cas pantas 66W, 4 kamera 64MP, harga bermula ~RM1,625

Terkini, HUAWEI telah melancarkan satu ahli keluarga siri HUAWEI nova 8, HUAWEI nova 8 SE di pasaran China. Walaupun ianya berada dalam peranti kelas pertengahan, namun nova 8 SE dilengkapi pelbagai spesifikasi bertahap tinggi.

Antara spesifikasi menarik yang hadir pada HUAWEI nova 8 SE adalah sokongan pengecasan pantas 66W dan empat tetapan kamera utama 64MP. Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya seperti di bawah.

Menurut HUAWEI, bateri berkapasiti 3800mAh pada HUAWEI nova 8 SE boleh dicas penuh melalui pengecas pantas 66W dalam masa 35 minit sahaja dan 15 minit untuk bateri sehingga 60%. Mengenai ciri fotografi dan rakaman, ia mampu merakam video 4K dan tangkapan HDR.

Setakat ini, HUAWEI nova 8 SE hanya dipasarkan di pasaran China sahaja. Kami masih ketiadaan maklumat jika peranti ini bakal dilancar di pasaran Malaysia. Memandangkan HUAWEI nova 7 SE pernah hadir di negara Malaysia, mungkin tidak salah untuk kita menjangkakan kehadiran peranti ini di pasaran tempatan. Harga HUAWEI nova 8 SE di pasaran China adalah seperti di bawah.

Adakah anda berminat dengan HUAWEI nova 8 SE? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version