Site icon TechNave BM

HUAWEI nova 9 SE dilancar di Malaysia: Skrin FullView 6.78”, kamera 108MP dan bateri 4,000mAh berharga RM1,099

HUAWEI mengumumkan HUAWEI nova 9 SE membawa empat kamera 108MP, ciri vlogging super futuristik, SuperCharge HUAWEI 66W, paparan FullView 6.78 inci dengan hanya RM1,099. Ia juga mempunyai ciri peranti Super dan EMUI 12 untuk pengalaman telefon pintar terbaik.

HUAWEI nova 9 SE memberikan anda tiga pilihan warna iaitu Crystal Blue, Pearl White dan Midnight black. Paparannya dilengkapi dengan bezel nipis 1.05mm, mempunyai sistem kamera kuad AI 108MP dan sensor 1/1.52-inci, sudut ultra lebar 8MP, sensor kedalaman 2MP dan makro 2MP. Kamera lebar swafoto AI Beauty 16MP untuk tangkapan yang lebih jelas walaupun dizum tiga kali.

Peranti ini dilengkapi dengan dwi-paparan video dengan perspektif dari hadapan dan belakang secara serentak atau gambaran yang dizum dalam satu bingkai. Ciri Kompilasi Video Satu Klik (One-Click Video Compilation) berfungsi di mana pengguna boleh memilih dan menggabungkan pelbagai klip sekali gus. Aplikasi Petal Clip pula dipra-pasang sebagai alat penyuntingan untuk pelbagai templat dan tema video yang mudah dikendalikan.

Ia menggunakan bateri 4,000mAh yang menyokong pengecasan SuperCharge 66W di mana dalam 16 minit pengecasan boleh menaikkan kuasa bateri sehingga 60% manakala 36 minit untuk pengecasan penuh. Perisian EMUI pada peranti menawarkan tindak balas kawalan dan sambungan lancar antara berbilang peranti HUAWEI seperti telefon pintar, tablet dan PC.

Mulai 31 Disember 2021, AppGallery tersedia di lebih 170 negara dan wilayah termasuk Shopee MY, Lazada, Touch ‘n Go eWallet, Grab SuperApp, Maybank2u MY, TikTok dan banyak lagi. Sempena pelancaran ini, pengguna HUAWEI nova 9 SE boleh menikmati faedah seperti:

Dari 12 Mac hingga 19 Mac 2022, HUAWEI Malaysia akan menganjurkan ruang art deco khusus di Sunway Pyramid, Queensbay Mall dan East Coast Mall dari 10AM – 10PM. HUAWEI Malaysia juga menganjurkan peraduan sosial “Abadikan detik terbaik anda dengan HUAWEI nova 9 SE Art Deco” dari 12 Mac hingga 19 Mac 2022:

HUAWEI nova 9 SE akan mula tersedia untuk pra-tempah sehingga 18 Mac 2022 di laman web rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Store, HUAWEI Official Store di Shopee dan HUAWEI Flagship Store di Lazada daripada RM1,099. Setiap pembelian HUAWEI nova 9 SE akan disertakan dengan HUAWEI FreeLace dan promosi perkhidmatan mudah alih HUAWEI yang lain bernilai sehingga RM560 sebagai hadiah percuma selagi stok masih ada.

Anda boleh kunjungi Facebook HUAWEI dan laman web rasmi HUAWEI untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version