Site icon TechNave BM

HUAWEI nova Y90 bakal tiba di Malaysia pada 15 Julai 2022 berharga RM999

Hari ini, HUAWEI Malaysia mengumumkan bahawa HUAWEI nova Y90 akan tiba di pasaran Malaysia pada 15 Julai 2022. Ia membawa harga RM999 dengan spesifikasi yang sesuai dengan keperluan anda.

Daripada Facebook rasminya, nova Y90 menampilkan paparan FHD+ FullView 6.7 inci dan lubang tebuk (punch-hole) menempatkan kamera swafoto 8MP. Di bahagian belakang pula terdapat tri-kamera di mana kamera utamanya adalah 50MP, lensa makro 2MP dan kedalaman 2MP.

nova Y90 turut menampilkan cipset Snapdragon 680, RAM 8GB dan storan 128GB. Ia membawa bateri 5,000mAh yang menyokong teknologi SuperCharge 40W dan tanpa sokongan 5G.

Sekiranya anda berminat, pembelian nova Y90 akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM200 termasuk kotak hadiah misteri HUAWEI, 2 bulan storan awan (cloud) 50GB, 6 bulan langganan premium VIU dan 6 bulan waranti lanjutan. 

HUAWEI nova Y90 akan dijual di setiap Huawei Experience Store. Lawati kedai HUAWEI untuk tahu lebih lanjut mengenai peranti ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: HUAWEI Mobile

Exit mobile version