Site icon TechNave BM

HUAWEI nova Y90 diumum, miliki SD 680, skrin 6.7″ dan kamera 50MP

HUAWEI baru sahaja melancarkan telefon pintar baharu di laman web rasminya iaitu HUAWEI nova Y90. Peranti ini menggunakan skrin LCD 6.7 inci dan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 680 yang hanya menyokong rangkaian 4G LTE.

Model ini menampilkan skrin LCD 6.7 inci dengan resolusi FHD+, kadar penyegaran 90Hz dan kadar pensampelan sentuhan 270Hz. Selain itu, model ini menggunakan kamera utama 50MP f/1.8, makro 2MP dan kamera kedalaman 2MP. Selain itu, model ini mempunyai kamera swafoto pada lubang tebuk (punch-hole) 8MP dengan f/2.0.

HUAWEI nova Y90 dilengkapi dengan bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 40W di mana ia boleh dicas sehingga 50% dalam masa 30 minit. Selain itu, nova Y90 hadir dengan EMUI 12 tetapi HUAWEI tidak menyatakan versi Androidnya.

HUAWEI nova Y90 dengan storan 8+128GB yang menawarkan empat warna untuk dipilih iaitu biru kristal, putih mutiara, hijau zamrud dan hitam. Namun begitu, HUAWEI masih belum mengumumkan maklumat seperti harga dan tarikh pelancarannya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: ITHome

Exit mobile version