Site icon TechNave BM

HUAWEI P40 4G dilancar: Kirin 990, skrin OLED, kamera 50MP berharga ~RM2,496

Tahun 2020 sudah menyaksikan kehadiran siri HUAWEI P40 5G di pasaran global. HUAWEI kini melancarkan HUAWEI P40 4G di pasaran China dan ditawarkan dengan spesifikasi lebih kurang sama dengan siri HUAWEI P40 versi 5G, bersama harga yang lebih rendah.

HUAWEI P40 4G memiliki spesifikasi kamera yang sama dengan varian 5G iaitu kamera SuperSensing 50MP dan skrin OLED. Anda boleh menyemak spesifikasi penting HUAWEI P40 4G seperti di bawah.

Peranti ini ditawarkan dalam pilihan warna Dark Blue dan Frost Silver di pasaran China pada harga 3,988 Yuan (~RM2,496). Terdahulu, siri HUAWEI P40 5G dilancar di Malaysia dengan harga bermula pada RM2,799. Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat jika peranti ini bakal hadir di pasaran Malaysia.

Anda boleh semak berita lepas mengenai HUAWEI di pautan ini.

Kongsikan pandangan anda mengenai peranti ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version