Site icon TechNave BM

Huawei P40 Lite diumumkan di Eropah – Cipset Kirin 810 dan SuperCharge 40W dengan harga ~RM1,373

Kami tahu anda mungkin sedang menunggu kemunculan siri Huawei P40. Terdahulu, Huawei telah mengumumkan barisan produk terkininya di Barcelona, tetapi tidak menyebut tentang siri Huawei P40. Terkini, Huawei melancarkan salah satu siri Huawei P40, Huawei P40 Lite di Eropah dengan harga €299 (~RM1,373).

Huawei P40 Lite hadir dengan cipset Kirin 810, dilengkapi dengan RAM 6GB dan storan 128GB yang boleh ditambah dengan kad NM (Nano Memory Card). Paparan LCD 6.4 inci dengan reka bentuk skrin berlubang hadir dengan resolusi Full HD+.

Berkenaan kamera pula, P40 Lite dihuni oleh kamera utama 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (lensa makro) + 2MP (sensor kedalaman) dan kamera selfie 16MP. Tidak ketinggalan juga bateri berkapasiti 4200 mAh yang dilengkapi pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W dan bicu audio 3.5mm.

Pra-tempahan telah mula dibuka di Eropah. Namun, kami masih tiada maklumat rasmi berkenaan keberadaan Huawei P40 Lite di Malaysia. Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version