Site icon TechNave BM

Huawei P40 Pro 5G mungkin akan dilengkapi RAM 8GB, Android 10 & Kirin 990

Huawei P40 dan P40 Pro dijadualkan untuk dilancarkan pada 26 Mac. Setakat ini tiada maklumat rasmi tentang spesifikasinya namun maklumat daripada Geekbench mungkin memberitahu beberapa spesifikasi asas. Ia dilengkapi cipset HiSilicon Kirin yang mempunyai frekuensi asas (base frequency) 1.95GHz, jadi ia mungkin adalah cipset Kirin 990 5G iaitu cipset sama yang terdapat dalam Huawei Mate 30 Pro 5G.

Selain itu, Geekbench menyatakan ia akan dilengkapi RAM 8GB dan sistem operasi Android 10. Disebabkan oleh perang dagangan di antara Amerika Syarikat dan China, P40 mungkin tidak akan mempunyai Perkhidmatan Mudah Alih Google (GMS) dan sebaliknya ia akan dilengkapi Perkhidmatan Mudah Alih Huawei (HMS) seperti AppGallery untuk memuat turun aplikasi.

Telefon pintar Huawei ELS-NX9 yang direkodkan dalam Geekbench 5 mungkin adalah sebuah kod varian untuk P40 Pro di negara lain. Ia mendapat markah 776 mata dalam ujian teras tunggal (single-core test) di Geekbench 5 dan 3182 mata dalam ujian multi-teras (multi-core test).

Adakah anda menanti butiran lanjut tentang siri Huawei P40? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version