Site icon TechNave BM

Siri Huawei P40 akan ditawarkan dalam lima pilihan warna

Jika sebelum ini rupa bentuk Huawei P40 sudah pun didedahkan, kini maklumat pilihan warna untuk Huawei P40 dan Huawei P40 Pro pula muncul di internet. Telefon pintar flagship Huawei yang akan dilancarkan pada 26 Mac itu bakal ditawarkan dalam lima pilihan warna, menurut sebuah poster yang dimuat naik di Twitter oleh Yash Raj Chaudhary.

Lima warna tersebut ialah jingga, ungu, putih, hijau mint dan hitam. Walau bagaimanapun, ruang kamera yang terdiri daripada lima kanta akan kekal dengan warna hitam untuk semua model.

Menurut laporan media, Huawei P40 Pro akan dilengkapi pemproses Kirin 990, dwi-kamera hadapan 32MP serta kamera belakang yang terdiri daripada kanta utama IMX 700 52MP + kanta ultra-lebar + kanta makro + kanta telefoto periskop yang boleh zum 10x secara optikal + sensor ToF (time-of-flight).

Walaupun Huawei P40 dan P40 Pro masih belum dilancarkan, P40 Lite sudah pun diumumkan di Eropah pada 27 Februari lalu. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki P40 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version