Site icon TechNave BM

HUAWEI P50 akan dilancarkan secara antarabangsa pada 2022

Siri telefon andalan HUAWEI P50 telah dilancar di China pada bulan Julai 2021, namun masih tiada maklumat tentang pelancarannya untuk pasaran antarabangsa. Kini, HUAWEI telah menjelaskan bahawa HUAWEI P50 hanya akan dilancar untuk pasaran antarabangsa pada 2022.

Dalam sebuah acara media untuk HUAWEI nova 9, seorang wakil HUAWEI mengesahkan HUAWEI P50 akan dilancar pada awal tahun hadapan. Beliau tidak menjelaskan sebab penangguhan tersebut, namun ia mungkin melibatkan masalah kekurangan semikonduktor yang melanda satu dunia serta sekatan dagangan antarabangsa yang dikenakan kepada HUAWEI.

Ini juga bermaksud ia akan menjadi semakin hampir dengan pengenalan HUAWEI P60 pada tahun hadapan dan pelancaran untuk telefon itu mungkin akan turut ditangguhkan untuk pasaran antarabangsa.

Beritahu kami di Facebook jika anda menantikan HUAWEI P50 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Authority

Exit mobile version