Site icon TechNave BM

HUAWEI P50 dan P50 Pro mungkin lancar dahulu, P50 Pro+ datang kemudian

HUAWEI dikhabarkan akan melancarkan dua dari tiga model siri HUAWEI P50 pada hujung bulan hadapan. Syarikat gergasi China ini terpaksa menangguhkan pelancaran siri HUAWEI P50 akibat dari halangan kerajaan Amerika Syarikat.

Berdasarkan sumber, HUAWEI P50 dan P50 Pro akan dilancarkan dahulu sebelum P50 Pro+. Sumber juga menyatakan bahawa varian 4G akan diperkenalkan dahulu sebelum varian 5G.

Sewaktu pelancaran HarmonyOS tempoh lalu, HUAWEI telah mengacah telefon pintar HUAWEI P50 dengan menunjukkan reka bentuknya. Selalunya, HUAWEI siri P akan memasuki pasaran pada suku pertama tahun tetapi bukan pada tahun ini.

Adakah anda menantikan siri HUAWEI P50 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version