Site icon TechNave BM

HUAWEI P50 mungkin akan dilancar pada 2 Jun ini di acara pelancaran HarmonyOS

Sehingga kini, HUAWEI telah mengacah beberapa produk mereka untuk menarik minat orang ramai terhadap acara pelancaran HarmonyOS pada 2 Jun ini. Sebelum ini, HUAWEI Watch 3 and M-Pencil baharu untuk MatePad Pro 2 telah diacah, kini telefon pintar siri HUAWEI P50 pula.

Poster acara HarmonyOS yang terbaru menunjukkan dua kamera bulat bersaiz besar yang dilihat dari arah sisi. Ini bukan kali pertama bonggolan kamera ini ditunjukkan kerana ia sudah muncul di beberapa imej janaan HUAWEI P50 yang tertiris dalam talian.

Kamera HUAWEI P50 ini dikhabarkan akan menggunakan sensor 1 inci Sony IMX800, namun disebabkan halangan dan penangguhan, ia mungkin tidak akan digunakan. Hal ini disebabkan sensor 1 inci dari Sony telah pun diperkenalkan oleh telefon pintar Sharp Aquos R6 tidak lama yang lalu.

Ianya tidak pasti sama ada HUAWEI akan melancarkan telefon pintar siri P50 pada acara tersebut atau menunjukkan perisian HarmonyOS menggunakan telefon siri P50.

Nantikan berita lanjut mengenai acara pelancaran ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version