Site icon TechNave BM

HUAWEI P50 mungkin akan dilancar pada 21 Oktober 2021

Telefon pintar andalan HUAWEI P50 telah pun dilancar untuk pasaran China pada bulan Julai lalu, namun tarikh pelancaran untuk pasaran antarabangsa masih belum diketahui. Kini HUAWEI telah mengumumkan sebuah acara pelancaran produk yang akan berlangsung pada 21 Oktober 2021 di Vienna, Austria dan mungkin akan menyaksikan pelancaran HUAWEI P50 secara antarabangsa.

HUAWEI tidak menyatakan nama produk yang akan dilancar pada hari tersebut, namun berdasarkan sebuah poster, syarikat itu berkongsi gambar sisi sebuah telefon pintar yang mungkin menunjukkan sisi HUAWEI P50. Memandangkan acara ini bakal berlangsung tiga bulan selepas HUAWEI P50 dilancar di China, terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa telefon itu akan dilancar pada acara ini.

Siri HUAWEI P50 terdiri daripada P50 dan P50 Pro, di mana ia dilengkapi cipset Snapdragon 888 atau Kirin 9000 serta kamera yang dibina bersama Leica. Baca artikel pelancarannya di China untuk maklumat lanjut tentang dua telefon andalan ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda menanti produk HUAWEI seterusnya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version