Site icon TechNave BM

HUAWEI P60 mungkin hadir dengan cipset Kirin 9100 14nm pada 2023

[Kemas kini 24 Julai 2022] Laporan ini sudah disangkal oleh pengkhabar berita Weibo yang lain di mana tiada pengesahan yang dilakukan oleh HUAWEI mengenai perkara ini.

[Berita asal 23 Julai 2022] HUAWEI mungkin sedang membangunkan sesuatu yang menarik untuk memulihkan perniagaan telefon pintar dan pembuatan cipnya. Menurut khabar angin terbaru, syarikat itu mungkin sedang bersedia untuk melancarkan HUAWEI P60 dengan cipset 14nm yang digelar Kirin 9100.

Maklumat itu dikongsi oleh seseorang di Weibo mengatakan bahawa prestasi cip baharu itu boleh menandingi proses 5nm generasi terkini. Cipset 5nm menempatkan 15 bilion transistor manakala cipset 14nm mempunyai sekitar 2 bilion transistor di mana ia boleh didapati pada iPhone 6s edisi tahun 2015 menggunakan cipset A9.

Berita ini pasti untuk memberikan peranti dengan prestasi yang baik walaupun dengan halangan bekalan daripada Amerika Syarikat (AS). Tambahan lagi, ini juga menandakan usaha syarikat untuk menghidupkan semula anak syarikat pembuatan cipnya, HiSilicon serta pengeluaran litar bersepadunya sendiri.

Siri telefon pintar HUAWEI P60 dijangka akan dilancarkan pada tahun 2023. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version