Site icon TechNave BM

HUAWEI Pay kini di Malaysia: Ini peranti dan kedai yang boleh guna HUAWEI Pay

Terkini, HUAWEI telah mengumumkan kehadiran sistem pembayaran tanpa tunai HUAWEI Pay di Malaysia. Rakyat Malaysia kini boleh menggunakan HUAWEI Pay di kedai-kedai terpilih menggunakan peranti HUAWEI yang terpilih seperti yang akan disenaraikan di bawah.

HUAWEI Pay yang menyokong NFC ini kini membenarkan pengguna menambah kad kredit ICBC Union Pay ke aplikasi HUAWEI Wallet. Setakat ini, pengguna kad kredit ICBC UnionPay adalah golongan pertama yang boleh menggunakan perkhidmatan tanpa tunai ini. Anda boleh menyemak peranti HUAWEI dan kedai yang menyokong perkhidmatan HUAWEI Pay seperti di bawah.

Senarai peranti HUAWEI:

Senarai kedai yang menyokong HUAWEI Pay:

HUAWEI Pay boleh mula digunakan pada 15 November 2020 dengan hanya menggunakan peranti HUAWEI anda. Bermula 12 Disember 2020 hingga 12 Mac 2021, anda akan mendapat pulangan wang 50% jika anda mendaftar kad kredit ICBC UnionPay dengan HUAWEI Wallet (pembelian minima RM20). Pembeli teratas juga layak memenangi HUAWEI P4-, HUAWEI FreeBuds 3, HUAWEI Watch GT 2E dah hadiah-hadiah lain.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web rasmi HUAWEI. Apakah pendapat anda mengenai HUAWEI Pay? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version