Site icon TechNave BM

HUAWEI perkenal HarmonyOS untuk komputer – Alternatif baharu kepada Windows, Mac

Ketika kebanyakan orang membeli komputer peribadi (PC), pilihan utama biasanya sistem operasi Windows. Ada juga yang memilih Mac atau Linux. Namun kini, pengguna bakal mempunyai satu lagi pilihan iaitu HarmonyOS versi PC yang merupakan sistem operasi baharu daripada HUAWEI.

HUAWEI secara rasmi mengumumkan pelancaran HarmonyOS PC pada acara HarmonyOS Computer Technology and Ecosystem Communication. Ini merupakan satu alternatif besar kepada sistem operasi keluaran syarikat Amerika.

Menurut HUAWEI, HarmonyOS PC dibina dengan tiga komponen utama:

Sama seperti Windows, sistem ini turut dilengkapi dengan kecerdasan buatan terbina dalam dengan HarmonyOS AI untuk membantu pengguna dalam tugasan harian. HarmonyOS PC dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada 19 Mei 2025 khusus untuk pasaran pengguna PC di China.

Nantikan pengumuman HUAWEI jika ia akan tersedia secara global pada masa akan datang. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version