Site icon TechNave BM

Huawei bakal perkenal HMS seperti yang dijanjikan

Amerika Syarikat telah memaksa Huawei untuk membangunkan aplikasinya sendiri iaitu Huawei Mobile Services (HMS) yang merupakan alternatif kepada Google Mobile Sevices (GMS) dan akan dihantar dengan telefon pada tahun ini.

Pengerusi Huawei, Xu Zhijun berkata HMS akan selesai pada tahun ini dan menariknya aplikasi ini bukan terdapat pada telefon tempatan saja malah turut dijual di luar China juga. Kebanyakan aplikasi dengan menggunakan HMS seperti navigasi (peta), pembayaran, pesanan dan game akan siap menjelang akhir bulan Disember.

Terdahulu, Huawei menghadapi cabaran pada tahun lepas berikutan keputusan Amerika Syarikat untuk meletakkannya pada “Entity List”. Walau bagaimanapun, ia masih mencatatkan peningkatan sehingga 18% tetapi akan menghadapi penurunan ketara pada tahun ini kerana keluaran siri terbaru mereka tidak mempunyai perkhidmatan Google Mobile, berbanding dengan keluaran siri P30 tahun lepas yang mendapat pengesahan sebelum pengharaman penggunaan aplikasi tersebut berlaku.

Kedudukan Huawei di masa hadapan menjadi persoalan, adakah ia mampu terus menjadi peneraju telekomunikasi global? Tinggalkan komen anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini dalam dunia teknologi Malaysia.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version