Site icon TechNave BM

HUAWEI Petal Search hadir untuk bantu rakyat Malaysia muat turun aplikasi

Untuk meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan ekosistem aplikasi HMS, HUAWEI kini melancarkan aplikasi Petal Search untuk memudahkan urusan muat turun aplikasi pada peranti HUAWEI anda.

Aplikasi Petal Search boleh dimuat turun di HUAWEI AppGallery. Aplikasi ini bakal membantu untuk memberi tunjuk ajar dalam memuat turun aplikasi.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2020/06/20200620-HMS-How-to-Video-EN-Ver.mp4

Seperti yang kita sudah sedia maklum, HUAWEI AppGallery bakal berkembang dengan lebih baik dengan menambah jumlah aplikasi. Namun, jika pengguna ingin memuat turun aplikasi yang masih belum hadir di AppGallery, anda boleh mencarinya melalui Petal Search.

Petal Search menyediakan cadangan aplikasi, pencarian aplikasi, berita terkini, ramalan cuaca harian, pencarian muzik dan sebagainya untuk kemudahan di hujung jari anda. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version