Site icon TechNave BM

HUAWEI PixLab X1, pembesar suara Sound Joy & Wi-Fi Mesh 3 dilancar di Malaysia mulai Mei

Hari ini, HUAWEI Malaysia mengumumkan beberapa produk baharu semasa acara Smart Office launch termasuk MatePad 10.4 dan MateBook D 15. Selain dua peranti ini, HUAWEI turut mengumumkan pencetak PixLab X1, pembesar suara mudah alih Sound Joy serta penghala Wi-Fi Mesh 3.

Visi syarikat untuk pejabat pintar atau “Peranti Super, Kreativiti Super” di Malaysia adalah untuk membolehkan kerjasama merentas-peranti (cross-device collaboration). Ini membolehkan pengguna menyambungkan berbilang peranti menjadi satu untuk pengalaman kerja yang lancar.

PixLab X1 adalah Pencetak Laser HarmonyOS pertama di dunia untuk pencetakan pintar. Pencetak terbaharu 3-dalam-1 berfungsi untuk mencetak, menyalin dan mengimbas. Sound Joy pula adalah pembesar suara mudah alih yang dibuat oleh HUAWEI dengan kerjasama syarikat teknologi audio Perancis Devialet. 

Ia direka untuk kemudahan harian dan pengalaman audio premium dengan herotan yang minimum. Sound Joy mempunyai reka bentuk fabrik tenunan, kalis habuk dan air IP67. Kapasiti baterinya boleh bertahan sehingga 26 jam dimainkan dan permukaan anti-gelincir serta tahan lasak.

Bagi penghala Wi-Fi Mesh 3, ia menawarkan pengalaman pintar yang tidak ditawarkan oleh penghala Mesh standard yang lain. Salah satunya adalah keupayaan untuk menyambung ke Wi-Fi dengan mengetik peranti HUAWEI pada penghala. Penghala Wi-Fi Mesh 3 akan disediakan pada bulan depan manakala PixLab X1 dan Sound Jay akan disediakan dalam bulan Jun.

Ketahui maklumat lanjut tentang semua produk yang diumumkan oleh HUAWEI hari ini di laman web rasmi HUAWEI. Anda juga boleh menyemak halaman Facebook rasmi mereka di sini.

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version