Site icon TechNave BM

HUAWEI Pocket 2 mungkin dilancar, tampilkan 3 warna

Setelah memperkenalkan peranti boleh lipat seperti HUAWEI Mate X3 dan Mate X5, HUAWEI kini bersiap sedia untuk memperkenalkan telefon boleh lipat HUAWEI Pocket 2, berikutan keluaran Pocket S pada 2022.

Paparan bocor mendedahkan reka bentuk Pocket 2 yang menampilkan tiga pilihan warna iaitu hitam, ungu gelap dengan tekstur kulit dan putih Rococo dengan rupa marmar. Ia akan membawa tri-kamera namun konfigurasi khusus masih tidak didedahkan.

Sama seperti pendahulunya, Pocket 2 dijangka mengekalkan resolusi tinggi iaitu pada 340 x 340 piksel dan skrin OLED lengkung untuk kedua-dua paparan dalam dan penutup. Pelancaran Pocket 2 dijangka bersama siri HUAWEI P70 mengikut corak keluaran sebelumnya.

Kedua-dua peranti berkemungkinan menampilkan cipset siri Kirin 9000 dan HarmonyOS NEXT, meneruskan tradisi inovasi dan kemajuan teknologi HUAWEI. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version