Site icon TechNave BM

HUAWEI Pocket S dilancar: SD 778G, skrin 6.9″ 120Hz dan kamera 40MP bermula ~RM3,896

HUAWEI Pocket S telah dilancarkan di China baru-baru ini. Ia adalah telefon boleh lipat kedua selepas Poket P50 yang diumumkan tahun lepas. Di samping melancarkan telefon Pocket S, HUAWEI juga telah mengumumkan jam tangan pintar Watch GT Cyber.

HUAWEI Pocket S didatangkan dengan paparan OLED boleh lipat bersaiz 6.9 inci yang besar dengan resolusi 2,790 x 1,188 piksel. Ia menawarkan warna 10-bit dan kadar penyegaran 120Hz. Terdapat paparan sekunder 1.04 inci pada panel belakang. Peranti ini mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi.

Pocket S ialah telefon boleh lipat yang pertama di industri dilengkapi engsel titisan air dan bukaan paparan berbilang dimensi. HUAWEI Pocket S hadir dengan kamera utama 40MP dan ultra lebar 13MP serta kamera swafoto 10.7MP.

HUAWEI Pocket S mempunyai cipset Snapdragon 778G, RAM 8GB dan storan sehingga 512GB. Peranti ini mempunyai sistem pelesapan haba grafit yang fleksibel. Telefon lipat ini disokong oleh unit bateri 4,000mAh dengan sokongan pengecasan 40W. Pocket S beroperasi menggunakan Harmony OS 3.

HUAWEI Pocket S bermula pada RMB 5,988 (~RM3,896) untuk pilihan 128GB manakala model 256GB berharga RMB 6,488 (~RM4,220) dan varian 512GB berharga RMB 7,488 (~RM4,872). Telefon lipat ditawarkan dalam warna Obsidian Black, Frost Silver, Mint Green, Sakura Pink, Primrose Gold dan Ice Crystal Blue.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version