Site icon TechNave BM

HUAWEI rayu kepada mahkamah AS untuk bebas dari sekatan

Setelah pengurusan sistem pentadbiran bekas Presiden AS Donal Trump berakhir, ramai yang tertanya-tanya mengenai status sekatan terhadap HUAWEI. Sebelum ini, kerajaan AS dilapor tidak berminat untuk membebaskan sekatan yang telah dibuat. Kini, HUAWEI memohon kepada mahkamah untuk membebaskannya dari sekatan yang dijalankan di bawah dakwaan ancaman terhadap negara oleh Federal Communication Comission (FCC).

Selain permohonan ini, HUAWEI juga menyatakan bahawa arahan sekatan ini telah memberi kesan kepada kewangan industri telekomunikasi secara menyeluruh meliputi pelbagai operator mudah alih yang telah disekat oleh FCC. Sebelum ini, beberapa syarikat teknologi Amerika seperti Intel dan Sony disekat untuk berurusan dengan HUAWEI. Syarikat-syarikat ini perlu memohon lesen perniagaan untuk meneruskan urusan.

Pihak pentadbiran Presiden AS baharu Joe Biden pula menyatakan bahawa mereka akan terus mempertahankan keputusan FCC dan agensi lain untuk menyekat HUAWEI. TikTok dan WeChat adalah syarikat teknologi sosial yang turut disekat oleh pentadbiran AS yang lepas.

Setakat ini, masih tiada berita mengenai pembebasan sekatan terhadap HUAWEI. Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version