Site icon TechNave BM

HUAWEI S-Tag diumum: Seberat 7.5g, kalis air 50 meter, sambungan telefon dan jam pintar

Pada pelancaran produk baharu global Mate Xs 2 malam tadi, HUAWEI juga telah mengumumkan tag penjejak HUAWEI S-Tag. Tidak seperti Apple AirTag, HUAWEI S-Tag direka untuk sukan tertentu dan boleh mengesan data sukan apabila disambungkan ke peranti pintar seperti jam tangan pintar atau telefon pintar .

Menurut laporan, HUAWEI S-Tag dilengkapi dengan sensor 9 paksi yang boleh mengawal teknik larian dengan membaca pergerakan kaki dan pinggang pengguna. S-Tag ini akan menganalisis 13 parameter untuk membantu mencapai teknik larian yang sempurna.

Dengan mengumpul data semasa bersenam, peranti ini memberikan pengguna nasihat profesional berdasarkan penyelidikan bersama oleh HUAWEI dan Akademi Sains Sukan China. Di samping itu, S-Tag menggunakan reka bentuk boleh buka, badanya hanya seberat 7.5 gram dan kalis air sedalam 50 meter.

Pengguna juga boleh menggunakan klip berbeza untuk mengepit sensor pada pakaian, kasut, jejari tayar basikal dan lain-lain. HUAWEI masih belum mengumumkan masa pelancaran dan harga. Bagaimanapun, S-Tag mungkin akan dilancarkan pada bulan Julai.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: ITHome

Exit mobile version