Site icon TechNave BM

HUAWEI salahkan kerajaan AS atas masalah kekurangan semikonduktor di seluruh dunia

HUAWEI telah menyalahkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) di atas masalah kekurangan semikonduktor yang membelenggu pelbagai industri di seluruh dunia. Masalah ini timbul apabila kerajaan AS mula menyenaraihitamkan HUAWEI daripada berurusan dengan syarikat-syarikat lain di pelbagai negara.

Menurut seorang pengerusi HUAWEI Eric Xu, tindakan mengecam HUAWEI telah menyebabkan pelbagai syarikat elektronik lain untuk membeli semikonduktor dengan lebih banyak, terutamanya syarikat China. Syarikat-syarikat ini berbuat demikian agar stok semikonduktor mereka tidak akan terganggu selama tiga hingga enam bulan.

Tindakan kerajaan AS ini juga telah memusnahkan kepercayaan di antara pembekal semikonduktor seluruh dunia dan membuatkan setiap negara ingin meningkatkan mutu penghasilan semikonduktor mereka tanpa mengharapkan pada syarikat negara luar. Ini boleh meningkatkan harga semikonduktor sebanyak 35% hingga 65% dan akhirnya akan menaikkan harga gajet elektronik untuk pengguna akhir.

Eric Xu mengatakan pelbagai syarikat China kini risau sama ada mereka akan mengalami nasib yang sama seperti HUAWEI. Beliau percaya syarikat-syarikat ini akan melabur dalam pembinaan infrastruktur pengilangan semikonduktor yang boleh membekalkan kehendak HUAWEI dan syarika China yang lain, sambil mematuhi garis panduan daripada AS.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Nikkei

Exit mobile version