Site icon TechNave BM

HUAWEI secara rasminya akan guna cipset MediaTek 5G pada telefon pintarnya

Memandangkan rangkaian 5G kini semakin meluas, industri telefon pintar mengorak langkah baharu dengan membekalkan telefon pintar 5G yang memiliki harga lebih berpatutan. HONOR menyusul dengan langkah yang sama dengan melancarkan HONOR X10 di pasaran China semalam. HONOR X10 merupakan peranti 5G dengan harga berpatutan, RMB1899 (~RM1163).

Dalam sebuah sesi temubual eksklusif bersama Presiden HONOR, Zhao Ming memberitahu bahawa pihak mereka bakal berkolaborasi dengan cipset MediaTek 5G di masa hadapan. Mereka juga ingin memastikan penggunaan platform berbeza untuk pengalaman produk yang lebih baik berbanding rakan industri.

Setakat ini, cipset MediaTek yang timbul di permukaan internet adalah Dimensity 1000, Dimensity 1000L, Dimensity 1000+ dan Dimensity 820. Sumber masih ketiadaan maklumat mengenai cipset MediaTek 5G mana yang bakal menyusul dalam peranti HONOR atau HUAWEI. Dengan ini, tidak mustahil juga untuk Malaysia menerima telefon pintar 5G HUAWEI atau HONOR dengan cipset MediaTek 5G.

Apakah jangkaan anda terhadap hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mydrivers melalui Gizchina

Exit mobile version