Site icon TechNave BM

HUAWEI siri-P kini dijenamakan semula kepada ‘Pura’ selepas 12 tahun

Awal hari ini dalam satu langkah yang mengejutkan, Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif BG Pengguna di HUAWEI Technologies mengumumkan bahawa syarikat itu menggantikan telefon pintar siri P dengan siri baharu yang dipanggil Pura selepas 12 tahun.

Telefon pertama dalam siri baharu ini ialah Pura 70. HUAWEI berkata bahawa mereka telah merancang penjenamaan semula ini selama sekurang-kurangnya lima tahun setelah memohon tanda dagangan untuk “Pura” dan “HUAWEI Pura” pada 2019.

Siri Pura akan terus memberi tumpuan daripada segi pengimejan dan estetika. Menurut laporan, “Pura” bermaksud tulen atau cantik dalam bahasa Sepanyol yang disebut sebagai “piu rua”. Sumber yang boleh dipercayai mendedahkan barisan pertama siri Pura yang terdiri daripada Pura 70, Pura 70 Pro, Pura 70 Pro+ dan Pura 70 Ultra.

Versi Ultra dispekulasi sebagai pengganti kepada Edisi Seni siri P dengan konfigurasi yang sama seperti model Pro+ tetapi dengan reka bentuk yang dipertingkatkan. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi siri Pura 70 tidak lama lagi dan lihat apa yang ditawarkan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: HUAWEI Central

Exit mobile version