Site icon TechNave BM

HUAWEI Tag anti-hilang dilancar, miliki NFC dan bateri tahan setahun berharga ~RM65

HUAWEI telah melancarkan penjejak (tracker) pertamanya iaitu HUAWEI Tag. Tag itu mempunyai berat 6g, ketebalan 5.6mm dan menawarkan ciri yang hampir sama seperti Apple AirTag.

Ia menyokong teknologi carian medan dekat (near-field) dengan siren maksimum 92 desibel dan tetingkap timbul yang akan memberitahu anda apabila barangan anda tertinggal. Selain itu, terdapat pengesanan objek jarak jauh, lokasi terpencil melalui rangkaian “cari” HUAWEI dan kedudukan melalui ratusan juta peranti HUAWEI. 

Ia juga menyulitkan laporan data lokasi dengan dua arah dan termasuk fungsi peringatan keselamatan bagi HUAWEI Tag yang tidak diketahui untuk mengelakkan penjejakan.

Ciri-ciri lain termasuk rintangan habuk dan air IP67, sambungan NFC dan bateri yang tahan lebih daripada satu tahun. HUAWEI Tag berharga Yuan 99 (~RM65) untuk satu unit dan Yuan 99  (~RM197) untuk set empat keping. Sementara itu, rantai kunci kulit akan dijual pada harga Yuan 69 (~RM45)

Peranti akan mula berada dalam pasaran secara rasmi pada 30 Julai tetapi kami masih tidak ketahui kehadirannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version