Site icon TechNave BM

Huawei tetap akan melancarkan P40 pada Mac 2020 walaupun tanpa servis Google

Terdahulu, Huawei telah melancarkan P30 Pro di Malaysia. Seperti yang kita sudah tahu, syarikat berkenaan mengalami masalah kerana tiada sokongan dari Google. Walaupun begitu, pengilang tetap mengumumkan desas-desus pengeluaran P40 Pro pada bulan Mac 2020.

Menurut CNET, CEO Huawei, Richard Yu telah mengumumkan bahawa peranti P40 dan P40 Pro akan diperkenalkan dalam satu acara yang bakal diadakan di Paris pada bulan Mac tahun hadapan. Kedua-dua peranti tersebut akan dikuasai oleh Android 10, tetapi tanpa khidmat Google Mobile Services. Hal ini bermakna anda tidak boleh mengakses Google Play, Google Maps dan banyak lagi.

Disebabkan kerajaan Amerika telah mengenakan penyekatan terhadap Huawei, syarikat Huawei gagal mendapatkan lesen perisian Google. Hal ini turut menjadi sebab mengapa Huawei ingin membina sistem operasinya sendiri yang dikenali sebagai HongMeng OS atau HarmonyOS. Berkemungkinan bahawa P40 dan P40 Pro akan dilancarkan bersama OS terbaru. Walau bagaimanapun, masih tiada kepastian berkaitan hal ini.

Adakah anda ingin membeli peranti P40 atau P40 Pro yang dikuasai OS berbeza? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita teknologi terkini di TechNaveBM.com.

Diterjemahkan dari TechNave.com

Sumber

Exit mobile version