Site icon TechNave BM

HUAWEI umumkan kempen ‘The Better Together’, tawarkan diskaun dan hadiah percuma pada 12 Januari

HUAWEI telah melancarkan kempen ‘The Better Together’ untuk satu hari sahaja pada 12 Januari 2022 bersama produk HUAWEI Matebook D14 dan HUAWEI MatePad 10.4 LTE. Sehingga 11 Januari 2022, pengguna boleh lawati HUAWEI Store Online dan menambah pelbagai produk HUAWEI pada troli dan klik ‘check out’ apabila H-day tiba.

HUAWEI MateBook D14 14” baharu akan hadir dengan cipset Intel Generasi Ke-11 Tiger Lake, RAM 16GB, storan SSD 512GB dan menyokong sRGB 100%. Anda diberi pilihan untuk memilih sama ada varian cipset i7-1165G7 atau i5-1135G7. Jika anda memilih varian i7, anda akan mendapat pemproses grafik Intel Iris Xe manakala varian i5 dilengkapi pemproses grafik Nvidia GeForce MX450. 

HUAWEI MatePad T10 dilengkapi dengan paparan HD 9.7inci, bezel nipis 7.9mm dan skrin lebar membolehkan anda mengekspresikan dengan warna dan grafik yang jelas. HUAWEI MatePad 11 pula menawarkan kadar penyegaran semula 120Hz dan gamut warna DCI-P3 menjadikan paparan warna lebih terang apabila ditonton.

Terdapat HUAWEI MatePad 10.4” yang hadir dengan empat pembesar suara dan empat saluran yang disokong oleh stereo Histen 6.0 3D menghasilkan bunyi Harman Kardon, perincian akustik yang eksklusif dan gelombang bunyi yang kuat. Tablet ini dilengkapi dengan storan 64GB dan mampu mencapai storan lanjutan sehingga 512GB melalui kad mikroSD. Anda boleh menggunakan data pengendali menggunakan kad SIM atau menyambungkan pada WiFi.

HUAWEI WATCH Fit dilengkapi dengan skrin 1.64-inci, GPS dan mod senaman animasi yang menawarkan 11 mod sukan profesional termasuk berlari, berenang dan berbasikal serta 85 mod senaman tersuai untuk rutin kecergasan. Sekiranya anda menyukai muka jam bulat, anda boleh memilih antara HUAWEI WATCH GT 2e dan HUAWEI WATCH GT 2. Jam tangan ini menyokong penjejakan data untuk 100+ mod senaman dan lebih daripada 10 mod larian dengan bimbingan suara untuk latihan yang lebih baik. Ia membantu menjejaki semua cara anda bergerak seperti  mengira langkah, status sedentari dan memantau aktiviti lasak.

HUAWEI WATCH GT 3 42mm membawa reka bentuk yang disusun secara seni bina dan estetik manakala HUAWEI WATCH GT 3 42mm direka bentuk sesuai sepanjang masa dengan pelbagai bahan tali termasuk tali fluoroelastomer hitam dan tali kulit putih untuk dipadankan. Selain itu, HUAWEI WATCH GT 3 42mm dinaik taraf dengan fungsi panggilan Bluetooth dan membolehkan anda menjawab panggilan pada jam tangan walaupun telefon anda berada di dalam beg atau poket anda.

HUAWEI FreeBuds 4i dapat mengesan dan mengurangkan bunyi di sekeliling serta menyokong pengecasan pantas yang memberikan anda penggunaan audio selama 4 jam dengan pengecasan selama 10 minit.

Selain itu, HUAWEI Band 6 mempunyai 96 mod senaman, boleh jejaki kadar denyutan jantung, kalori dan banyak lagi. Semua data anda boleh disimpan dan dianalisis dalam graf yang mudah dibaca supaya anda boleh mencapai matlamat anda. Ia menawarkan hayat bateri 14 hari untuk kegunaan biasa dan 10 hari untuk penggunaan berat. Anda juga menggunakannya selama 2 hari dengan hanya mengecasnya selama 5 minit sahaja dengan pengecas magnet . Penjejak kecergasan ini mempunyai sistem pengesanan SpO2 yang memantau oksigen darah anda.

Monitor

ModelRRP (RM)Harga Diskaun (RM)Hadiah percuma
Skrin HUAWEI 23.8”688.00549.00
HUAWEI Vision S 552,999.002,799.00HUAWEI WiFi AX3 Dwi teras
 HUAWEI MateStation S dan skrin HUAWEI 23.8 AD80 Bundle3,176.002,599.00

Penghala (Routers)

ModelRRP (RM)Harga Diskaun (RM)
HUAWEI WiFi WS5200 169.0089.00
HUAWEI WiFi AX3 PRO MaLXY299.00259.00
HUAWEI WiFi AX3199.00169.00

Tablet

ModelRRP (RM)Harga Diskaun (RM)Hadiah percuma
HUAWEI MatePad T 10 2020 WIFI 2GB+32GB799.00499.00
HUAWEI MatePad 10.4 2020 LTE 4GB+64GB1,399.001,099.00Keyboard
HUAWEI MatePad 11 WIFI 6GB+128GB1,999.001,999.00Smart Magnetic Keyboard + M-Pencil (Generasi ke-2)
HUAWEI MatePad Pro 12.6 2021 WIFI 8GB+256GB inbox Keyboard & M Pencil4,399.004,099.00HUAWEI CD62 Classic Backpack Midnight Black
HUAWEI MatePad Pro 12.6 2021 WIFI 8GB+256GB3,999.003,799.00Smart Magnetic Keyboard + M-Pencil (Generasi ke-2)

Telefon pintar

ModelRRP (RM)Harga Diskaun (RM)
HUAWEI nova 8i1,299.001,199.00

Barangan pakai + Audio

ModelRRP (RM)Harga Diskaun (RM)Hadiah percuma
HUAWEI WATCH GT 2e 46mm Graphite Black599.00329.00
HUAWEI Band 4e (Active)119.0069.00
HUAWEI WATCH FIT499.00299.00HUAWEI WATCH FIT kabel EasyCharge 
HUAWEI Band 6219.00149.00
HUAWEI WATCH 3 Pro 46mm Leather2,199.001,999.00
HUAWEI WATCH 3 46mm Fluroelastomer1,699.001,499.00
HUAWEI WATCH GT 2 46mm Fluroelastomer Matte Black799.00549.00
HUAWEI WATCH GT 2 46mm Leather899.00649.00
HUAWEI WATCH GT 3 42mm black 999.00899.00
HUAWEI WATCH GT 3 42mm white 1,099.00999.00
HUAWEI FreeBuds 4i379.00199.00
HUAWEI FreeBuds 4599.00549.00

Notebook

ModelRRP (RM)Harga Diskaun (RM)Hadiah percuma
HUAWEI MateBook D 14 2021 Intel i3 10th 8+256GB2,699.002,199.00Beg + tetikus
HUAWEI MateBook 14 2021 Q3 AMD R5 4000X 8+512GB3,999.003,699.00Beg + tetikus

Lain-lain

ModelRRP (RM)Harga Diskaun (RM)
HUAWEI Scale 3149.0089.00

Anda boleh lawati HUAWEI Store Online untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ‘The Better Together’. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version