Site icon TechNave BM

HUAWEI Video dan Astro beri anda tonton filem ‘Pusaka’ percuma dan koleksi filem Merdeka Bundle

Terkini, kolaborasi HUAWEI Video dan Astro membawakan anda penawaran pakej filem atau video Merdeka Bundle, khas untuk rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Merdeka tahun 2020.

Bermula 29 Ogos sehingga 16 September 2020, anda boleh membeli pakej filem RM20 pada platform video on demand (VOD). Pakej filem ini terdiri daripada 8 buah filem yang disenaraikan dalam Merdeka Bundle. Terdapat pakej tertentu seperti Wira, Horror atau pakej Family. Manakala untuk pengguna HUAWEI Video pula, anda boleh menonton filem popular ‘Pusaka’ secara percuma!

Sepintas lalu, ‘Pusaka’ merupakan filem seram yang mengetengahkan penyiasatan seorang detekftif ke atas sepasang kembar yang dikurung di dalam rumah terbiar. Filem tahun 2019 ini tercalon dalam Anugerah Filem Malaysia 2020, dan mendapat pelbagai reaksi dari penonton.

Untuk filem Astro yang tidak tersenarai dalam Merdeka Bundle, anda boleh mendapatkannya dengan diskaun 20%. Pengguna HUAWEI Video mendapat peluan untuk menebus hadiah percuma bernilai sehingga RM60,000 termasuklah siri HUAWEI P40 melalui pembelian Merdeka Bundle.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web HUAWEI Video. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version