Site icon TechNave BM

HUAWEI Vision S dilancar di Malaysia: TV 4K UHD 120Hz, 4 pembesar suara 10W bermula RM2,999

HUAWEI Malaysia hari ini telah melancarkan siri televisyen pintar Vision S, menjadikan Malaysia satu-satunya negara yang menjual televisyen tersebut di luar China. Pra-tempahan akan dibuka bermula hari ini, di mana ia terdapat dalam dua varian utama iaitu 65 inci (RM3,999) dan 55 inci (RM2,999). Mereka yang membuat pra-tempahan akan menerima pelbagai hadiah menarik sementara stok masih ada.

Vision S dilengkapi paparan 4K UHD dengan kadar segar semula 120Hz. Turut melengkapkan televisyen ini adalah sebuah kamera magnetik 13MP yang membenarkan pengguna untuk membuat panggilan video pada resolusi 1080p. Untuk audio, ia dilengkapi empat pembesar suara 10W yang menjanjikan suasana sinematik dalam rumah anda.

Pra-tempahan untuk varian 55 inci akan dibuka sehingga 12 Mei di mana pembeli akan menerima rebat tunai serta-merta bernilai RM200 jika ia dibeli dari HUAWEI Online Store atau laman rasmi HUAWEI Malaysia di Shopee.

Pra-tempahan untuk varian 65 inci pula akan dibuka sehingga 2 Mei di mana pembeli akan menerima hadiah termasuk penghala (router) HUAWEI WiFi AX3 dan HUAWEI FreeLace Pro. Promosi ini hanya layak untuk pra-tempahan dari Lazada, SenHeng, senQ atau Astro GO Shop.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan televisyen HUAWEI ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version