HUAWEI melancarkan jam tangan pintar terbaharunya dengan WATCH 5 Series secara rasmi di Malaysia hari ini. Pelancaran ini menandakan sedekad sejak pelancaran model pertama mereka. WATCH 5 tersedia dalam dua saiz iaitu 42mm (warna Sand Gold & Beige) dan 46mm (dengan edisi Purple baharu).
Jam ini diperbuat daripada 904L stainless steel dan aloi perak gred aeroangkasa menjadikannya 45% lebih ringan dan hampir dua kali lebih tahan lasak berbanding keluli tahan karat biasa. Selain itu, ia menampilkan kaca sapphire tahan calar, tali kalis air dalam tekstur denim dan sutera.
WATCH 5 dilengkapi teknologi Multi-sensing X-TAP iaitu gabungan sensor ECG, PPG dan taktil yang memberi pengguna imbasan kesihatan 10 metrik termasuk kadar degupan jantung, SpO2 serta tahap emosi, semuanya hanya dalam 3 saat sentuhan jari. Tambahan, gesture control membolehkan anda jawab panggilan, kawal muzik dan kamera tanpa menyentuh skrin.
Sokongan eSIM terbina dalam membolehkan anda kekal berhubung walau tanpa telefon manakala hayat bateri mencecah 4.5 hari (46mm) dan 3 hari (42mm) dalam mod biasa atau sehingga 11 dan 7 hari dalam mod penjimatan. WATCH 5 kini boleh dibeli atas talian mulai 5 Jun di laman rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Untuk pengalaman yang lebih realistik, kunjungi HUAWEI Experience Store seluruh negara mulai 7 Jun. Pembeli terawal berpeluang menikmati hadiah eksklusif termasuk HUAWEI FreeBuds 5 percuma, langganan Health+ selama 3 bulan dan hadiah tambahan bernilai sehingga RM746, sementara stok masih ada.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

