Site icon TechNave BM

HUAWEI WATCH 5 tampilkan 5 inovasi tercanggih untuk jaga kesihatan anda dengan lebih tepat

HUAWEI Malaysia bakal melancarkan jam tangan pintar HUAWEI WATCH 5 yang menampilkan pelbagai teknologi kesihatan terkini bagi menjaga kesihatan anda dengan lebih tepat dan mudah. Jam tangan ini bukan sahaja padat dengan teknologi kesihatan terkini, malah menawarkan rekaan yang cantik dan tahan lasak.

Untuk ketahui lebih lanjut bagaimana HUAWEI WATCH 5 boleh bantu anda jaga kesihatan dengan lebih baik berbanding jam pintar lain, ayuh lihat lima ciri-ciri unik pada jam tangan ini:

Rekaan yang nampak mewah

Rangka jam tangan ini dibuat daripada aloi titanium gred aeroangkasa 904L yang kerap digunakan dalam jam tangan mewah. Selain menawarkan mutu buatan yang tahan lasak, ia turut memberikan sudahan yang nampak premium dan menawan.

HUAWEI WATCH 5 nampak bergaya dan kemas

Skrinnya pula dibuat daripada kaca Spherical Sapphire Glass yang kukuh dan tahan calar. Ia mempunyai kecerahan puncak sehingga 3,000 nits yang bermaksud ia mudah dilihat dengan jelas walaupun sewaktu berada di bawah cahaya matahari.

Ia ditawarkan dalam dua varian saiz iaitu 42mm dan 46mm. Anda boleh pilih muka jam yang unik pada skrinnya, dengan animasi interaktif yang akan berubah berdasarkan sekuat mana anda tekan skrin ini.

Teknologi X-TAP yang pertama dalam industri

Satu ciri penting pada HUAWEI WATCH 5 adalah teknologi Multisensing X-TAP yang menggabungkan elektrod ECG, PPG dan deria tekanan (pressure-sensing) daripada pergelangan tangan hingga hujung jari untuk mengukur kesihatan anda dengan lebih tepat berbanding sensor pergelangan tangan yang terdapat pada jam tangan lain.

Teknologi ini tidak dijejaskan oleh rambut halus pada kulit dan akan memberikan kualiti signal yang lebih tinggi sebanyak 10 hingga 50 kali ganda berbanding sensor biasa. Dengan fungsi Fingertip SpO2, ia akan mengukur tahap oksigen dalam darah setiap 10 saat bagi memastikan anda mempunyai tahap SpO2 secukupnya dan boleh kesan awal jika terdapat tanda-tanda kekurangan oksigen.

Ia mempunyai Multi-sensing X-TAP yang boleh mengukur kesihatan anda dengan sangat tepat

Untuk para pendaki yang kerap berada di paras tinggi dengan udara yang kurang oksigen, pemeriksaan SpO2 yang kerap akan memudahkan anda tentukan jenis aktiviti yang sesuai dengan jenis udara dan elakkan menjadi terlalu penat.

Jika anda mahukan pemeriksaan kesihatan yang lebih menyeluruh, anda boleh aktifkan One-Tap Health Glance dengan menekan butang kuasa selama 3 saat. Ia akan mengimbas tahap kesihatan anda dan boleh berikan hasil sepantas 60 saat.

Antara 10 Health Indicators yang diukur termasuklah kesihatan emosi (Emotional Wellbeing), keragaman kadar degupan jantung (Heart Rate Variability), purata kadar degupan jantung, tahap oksigen dalam darah, kekenyalan saluran darah (Blood Vessel Elasticity), kadar pernafasan paru-paru dan banyak lagi.

Selepas anda memakainya selama seminggu, jam tangan ini boleh menyediakan laporan Health Glance yang akan menyediakan laporan kesihatan yang lebih terperinci. Ia juga akan memberi tips yang diperibadikan untuk anda sahaja, berdasarkan gaya hidup dan laporan kesihatan yang terhasil.

Laporan Health Glance akan disediakan setiap minggu dan akan memberi peringatan jika ia mengesan sesuatu yang perlu diberi tumpuan dengan kadar segera.

Contoh laporan Health Glance yang menunjukkan tahap kesihatan anda

Pelbagai fungsi mudahkan tugasan harian

HUAWEI WATCH 5 bukan sahaja mempunyai teknologi penjagaan kesihatan yang canggih, malah ia turut direka untuk memudahkan tugasan harian anda. Sebagai contoh, HUAWEI merupakan satu-satunya jenama peranti yang membenarkan anda bayar Touch ‘n Go eWallet QR menggunakan jam tangan pintar.

Ia juga mempunyai NFC Access untuk memudahkan anda buka pintu yang menggunakan kunci pintar, jadi anda tidak perlu lagi sentuhkan kad fizikal untuk buka pintu. Selain itu, ia menyokong fungsi eSIM bagi memudahkan anda menjawab panggilan tanpa perlu membawa telefon.

Anda juga boleh guna gerakan tangan (hand gestures) untuk beberapa fungsi seperti jawab panggilan, kawal muzik, kawal kamera dan tetapkan penggera.

Bateri sehingga 11 hari

Bergantung kepada saiz HUAWEI WATCH 5 yang anda pilih, jam tangan ini mempunyai bateri yang boleh tahan sangat lama dengan pengecasan penuh, iaitu sehingga 11 hari. Jika anda sekadar menggunakan Smart Mode, ia boleh bertahan sehingga 4.5 hari (untuk varian 46mm) atau 3 hari (untuk varian 42mm).

Baterinya boleh tahan sehingga 11 hari!

Jika anda merancang untuk utamakan hayat bateri yang lebih lama, terutamanya jika anda akan berada di kawasan pedalaman atau jauh dari masyarakat, anda boleh aktifkan Ultra-Long Mode yang boleh bertahan sehingga 11 hari (untuk varian 46mm) atau 7 hari (untuk varian 42mm).

Lebih 100+ mod sukan

Sukan merupakan salah satu perkara penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan HUAWEI WATCH 5 menawarkan lebih 100 jenis mod sukan untuk anda pilih. Ini termasuklah larian, renang, berbasikal, terjunan bebas 40m, larian bukit dan banyak lagi supaya ia boleh menjejak kemajuan anda.

Lebih 100+ mod sukan di tangan anda
Ia boleh mengukur gerakan anda dengan tepat

Satu sukan popular dalam kalangan rakyat Malaysia, golf, juga ditawarkan dalam HUAWEI WATCH 5 ia mempunyai data untuk lebih 15,000 padang golf seluruh dunia.

Beberapa fungsi yang ditawarkan oleh jam ini termasuklah pelan penurunan berat badan, 200+ rutin senaman, meditasi minda dan alat penggalak tidur (seperti muzik tenang) untuk bantu anda amalkan gaya hidup sihat sepanjang masa.

HUAWEI WATCH 5 didatangkan dengan keahlian Health+ App selama tiga bulan, jadi anda boleh cuba semua fungsi ini sebaik sahaja anda memakainya.

Jika anda berminat untuk cuba pelbagai fungsi canggih ini, anda boleh beli HUAWEI WATCH 5 dengan membayar deposit sekarang. Dengan melakukannya, anda akan menerima fon telinga wayarles HUAWEI FreeBuds 5 dan langganan HUAWEI Health+ (bernilai RM746) selama tiga bulan secara percuma.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HUAWEI WATCH 5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

[Ditaja oleh HUAWEI Malaysia]

Exit mobile version