Site icon TechNave BM

HUAWEI WATCH D baharu bakal dilancar di Malaysia: Tampilkan ECG dan pemantauan tekanan darah

Hari ini, HUAWEI Malaysia mengumumkan HUAWEI WATCH D baharu yang bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi menampilkan teknologi ECG (electrocardiogram) dan alat pemantauan tekanan darah. Syarikat itu menyatakan bahawa WATCH D membolehkan pengguna memantau kedua-dua metrik pada bila-bila masa tidak kira tempat.

Daripada segi ECG, WATCH D baharu ini menggunakan modul sensor berprestasi tinggi yang menyokong rakaman data dan penjanaan segera laporan ECG. Jam pintar ini akan mengingatkan pengguna untuk melakukan pengukuran ECG sebaik sahaja kadar denyutan jantung yang tidak normal dikesan.

Ia seringan 40.9 gram sambil membawa pam mini untuk mengukur tekanan darah dengan tepat yang juga memantau penjagaan kesihatan harian pengguna. Selain itu, jam pintar baharu ini juga menyokong pemantauan kadar denyutan jantung, pemantauan tidur saintifik, pemantauan SpO2 sepanjang hari, pengesanan suhu kulit, pemantauan tekanan dan lebih daripada 70 mod senaman. 

HUAWEI mengatakan hayat bateri jam boleh bertahan sehingga tujuh hari untuk memastikan pengguna terus menggunakannya secara berterusan tanpa perlu dicas dengan kerap. HUAWEI WATCH D boleh didapati di laman web rasmi HUAWEI dan HUAWEI Experience Store di Malaysia tidak lama lagi.

Setakat ini, ini sahaja maklumat yang didedahkan mengenai WATCH D serba baharu dan kami menjangka ia akan dilancarkan pada minggu ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman web rasmi HUAWEI, halaman Facebook HUAWEI Mobile atau Instagram untuk pendedahan terkini.

Sebelum ini, HUAWEI WATCH D diumumkan buat kali pertama di Malaysia pada Mei 2022 namun harganya tidak didedahkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version