Site icon TechNave BM

HUAWEI WATCH FIT 4 Series dilancar di Malaysia: Jam tangan pintar senipis 9.3mm bermula RM599

HUAWEI Malaysia baru-baru ini melancarkan gelang tangan pintar HUAWEI WATCH FIT 4 Series yang terdiri daripada dua varian utama iaitu HUAWEI WATCH FIT 4 dan HUAWEI WATCH FIT 4 Pro.

WATCH FIT 4 mempunyai berat 27 gram sahaja dan senipis 9.5mm, manakala WATCH FIT 4 Pro mempunyai berat 30.4 gram dan senipis 9.3mm. Ia mempunyai kaca sapphire glass face, bezel yang dibuat daripada aloi titanium dan badan yang dibuat daripada aloi aluminium yang bertaraf aeroangkasa.

Skrinnya boleh menghasilkan kecerahan puncak sehingga 3,000 nits untuk penggunaan yang mudah bawah cahaya silau. Ia turut mempunyai 100 mod sukan termasuklah pendakian gunung, ski dan barometer.

HUAWEI WATCH FIT 4 Pro
Ciri-ciri HUAWEI WATCH FIT 4 Pro

Untuk penjejakan sewaktu bersukan, ia mempunyai Sunflower Positioning System yang meningkatkan ketepatan penjejakan GNSS sebanyak 30% berbanding generasi sebelumnya. Ini juga bakal menjadi WATCH FIT pertama yang dilengkapi penjejakan sukan air.

Khas untuk varian Pro, ia menawarkan penjejakan yang lebih mendalam, manakala untuk sukan golf pula, ia mempunyai data untuk lebih 15,000 padang golf seluruh dunia, penjejakan GPS dan kad markah digital. Ia turut mempunyai mod selaman bebas sewaktu menyelam dan mengukur metrik khas seperti paras kedalaman dan kelajuan menyelam.

Siri produk ini mempunyai fungsi ukuran kesihatan seperti keragaman degupan jantung (heart rate variability), kesihatan emosi, TruSense System dan electrocardiogram (ECG) dalaman. Ia akan mengumpulkan pelbagai data seperti kadar degupan jantung, tahap oksigen dalam darah (SpO2), tahap stres, corak tidur, keseragaman pernafasan, kesihatan emosi dan banyak lagi.

HUAWEI WATCH FIT 4
Ciri-ciri HUAWEI WATCH FIT 4

Untuk kegunaan harian, ia boleh membuat pembayaran melalui Touch n Go eWallet, simpan maklumat kad akses NFC, panggilan telefon Bluetooth dan kemas kini cuaca. Baterinya boleh bertahan selama 10 hari, manakala pengecasan penuh mengambil masa 60 minit sahaja.

Khas untuk penganut agama Islam, gelang tangan ini boleh digunakan bersama aplikasi Waktu Solat Malaysia yang akan dilancar pada Jun 2025. Ia menyediakan peringatan waktu sembahyang, arah kiblat dan banyak lagi.

Berikut adalah senarai harga untuk siri gelang tangan pintar ini:

Pra-tempahan sudah pun dibuka. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah percuma iaitu HUAWEI Scale 3 dan langganan Health+ selama tiga bulan.

Layari laman web HUAWEI, Shopee, Lazada atau TikTok untuk maklumat lanjut mengenai pembelian peranti boleh pakai ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version