Site icon TechNave BM

HUAWEI Watch Fit New dilancar: Miliki AMOLED 1.64”, pemantau degupan jantung & 97 mod sukan berharga ~RM517

Seperti kebanyakan jenama pengeluar telefon pintar, HUAWEI juga mempunyai beberapa produk jam tangan pintar. Sebahagian model memiliki reka bentuk klasik seperti siri HUAWEI Watch 3 dan sebahagian lagi mempunyai bentuk badan segi empat tepat seperti yang terdapat pada siri Watch Fit.

Baru-baru ini, HUAWEI telah melancarkan sebuah lagi jam tangan pintar iaitu HUAWEI Watch Fit New. Model terbaru ini adalah model gantian bagi Watch Fit yang dilancarkan pada tahun lalu. Ia memiliki reka bentuk segi empat tepat, paparan skrin AMOLED 1.64 inci beresolusi (280×456) dan butang kawalan pada bahagian sisi kanan.

HUAWEI Watch Fit New tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Grapefruit Red, Island Blue, Pink Cherry dan Obsidian Black. Spesifikasi lain bagi model ini ialah ia mempunyai pemantau kadar degupan jantung, pemantau oksigen dalam darah, pengesanan tidur dan banyak lagi. Jam ini juga menyokong 97 mod sukan dan tersedia dengan 300 pilihan paparan antara muka.

HUAWEI Watch Fit New dijual pada tanda harga 799 yuan (~RM517). Kami masih belum menerima maklumat tentang keberadaannya di pasaran Malaysia, namun kita mengharapkan ianya akan tiba beberapa minggu lagi.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki jam tangan pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveEN

Exit mobile version