Site icon TechNave BM

HUAWEI Watch GT 2 Pro ECG dan Band 6 Pro juga dilancar bersama siri HUAWEI P50

Selain siri HUAWEI P50, HUAWEI turut melancarkan dua peranti boleh pakai iaitu Watch GT 2 Pro ECG dan Band 6 Pro. Kedua-dua peranti ini mempunyai penambahbaikan yang minimal berbanding versi sebelum ini.

HUAWEI Watch GT 2 Pro ECG kini hadir dengan bacaan electrocardiogram (ECG). Untuk spesifikasi lain, ia masih kekal sama seperti Watch GT 2 Pro. Ia hadir dengan skrin 1.39 inci AMOLED, rangka titanium, pengesanan kadar dengupan jantung, pengawalan oksigen darah dan ukuran kawalan stress dan tidur. Ia juga dilengkapi HUAWEI Lite OS dan menawarkan lebih dari 100 mod sukan.

Watch GT Pro ECG dijual pada tanda harga CNY 3,088 (~RM2,025) dan mula dijual bermula 12 Ogos ini. Ia ditawarkan dengan pilihan warna hitam sahaja.

Untuk HUAWEI Band 6 Pro pula, ia dilengkapi skrin 1.47 inci AMOLED, pengesanan kadar dengupan jantung, oksigen darah dan pengawalan tekanan dan tidur sama seperti Watch GT 2 Pro ECG. Ia juga kini dapat mengesan suhu badan dan hadir dengan 96 mod sukan. Bateri peranti ini dapat bertahan selama 2 minggu dengan penggunaan yang sederhana.

HUAWEI Band 6 Pro hadir dengan tanda harga CNY 449 (~RM294) dan mula dijual pada 20 Ogos ini di pasaran China.

Adakah anda berminat dengan kedua-dua peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version