Site icon TechNave BM

HUAWEI Watch GT 3 dan Watch GT Runner bakal dilancar di Malaysia pada 20 November ini

Kini, penantian anda telah tamat kerana HUAWEI akan melancarkan HUAWEI Watch GT 3 dan HUAWEI Watch GT Runner pada 20 November ini.

Watch GT Runner direka untuk meningkatkan standard larian pengguna. Ia hadir dengan tali sporty yang diperbuat daripada silikon antibakteria dan mempunyai sarung jam tangan gentian komposit berkekuatan tinggi dengan kemasan logam gred-aeroangkasa (aerospace-grade). Beratnya hanya 38.5g dan sangat selesa dipakai oleh pelari atau penggunaan lain.

Daripada segi ciri, Watch GT Runner dilengkapi dengan Indeks Keupayaan Larian (RAI) yang membantu mengukur tahap ketahanan pengguna serta kecekapan teknik berdasarkan kadar denyutan jantung, rentak, jarak dan data berbilang dimensi yang lain. Ia juga dilengkapi dengan Pelan Pelarasan Dinamik Pintar (Intelligent Dynamic Adjustment Plan) untuk menyediakan pelan latihan yang disesuaikan sepenuhnya kepada pengguna berdasarkan RAI. 

Daripada segi hayat bateri, jam tangan pintar itu mampu bertahan selama 14 hari dengan HUAWEI TruSeen 5.0+ yang dipertingkatkan. Anda juga boleh mengecasnya dengan meletakkan jam tangan pintar pada platform pengecasan wayarles atau di belakang telefon pintar HUAWEI anda kerana ia menyokong pengecasan pantas dan terbalik tanpa wayar.

Jika anda berminat, anda boleh ke IOI City Mall untuk pertunjukan jalanan HUAWEI pada 20 November hingga 21 November. Selain itu, anda boleh melihat produk lain seperti HUAWEI WATCH GT 3, HUAWEI FreeBuds Lipstick, HUAWEI MateBook 14s dan HUAWEI nova 9 sepanjang pertunjukan.

Anda boleh lawati laman web rasmi HUAWEI atau ke Facebook HUAWEI untuk maklumat lebih lanjut. Sementara itu, komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version