Site icon TechNave BM

HUAWEI Watch GT 3 Pro dilancar: Fungsi ECG & NFC, boleh bertahan sehingga 14 hari bermula ~RM1,631

Pada acara pelancaran HUAWEI Mate Xs 2 di China, HUAWEI turut memperkenalkan HUAWEI Watch GT 3 Pro dengan reka bentuk klasik yang menampilkan dail bulat dalam dua varian (di China) iaitu 43mm (1.43 inci) dan 46mm (1.32 inci). Kedua-dua varian membawa paparan AMOLED, badan seramik dan kaca nilam.

Watch GT 3 Pro menggunakan HarmonyOS yang mendayakan ciri panggilan Bluetooth dan sokongan untuk berbilang aplikasi. Jam tangan pintar juga menawarkan e-dompet dan mempunyai sokongan NFC. Ia juga mempunyai fungsi ECG untuk memeriksa denyutan jantung dan aktiviti elektrik pengguna. 

Ciri pada jam tangan pintar ini telah diluluskan oleh pihak perubatan China dan diiktiraf sebagai peranti perubatan kelas kedua. Ciri kesihatan lain termasuk pemantauan kadar jantung, pemantauan oksigen darah, pengesanan suhu badan, pemantauan tidur, pemantauan tekanan dan banyak lagi.

Peranti ini mempunyai lebih 100 mod sukan di mana 18 daripadanya adalah mod profesional. Salah satu mod sukan ini adalah Golf yang telah memuatkan 300+ padang golf. Ia dilengkapi dengan kalis air 3ATM dan sokongan untuk mod selam.

HUAWEI mendakwa peranti boleh bertahan sehingga 14 hari untuk model 46mm (8 hari dengan penggunaan berat) dan 7 hari untuk model 43mm (4 hari dengan penggunaan berat). Dengan pengecasan 10 minit, anda boleh menggunakan jam tangan pintar ini seharian.

Model 43mm akan membawa harga 2,488 Yuan (~RM1,631) manakala model 46mm berharga 2,688 Yuan (~RM1,762). Terdapat juga model khas Porsche Design bagi jam tangan itu yang berharga 4,700 yuan (~RM3,082)

Kami masih menunggu berita mengenai kehadirannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber:  Gizmochina

Exit mobile version