Site icon TechNave BM

HUAWEI Watch GT 3 SE dilancar di Malaysia: AMOLED 1.43″ dan bateri tahan 2 minggu berharga RM899

Acara HUAWEI di Malaysia baru-baru ini telah membawa masuk HUAWEI Watch GT 3 SE untuk pasaran tempatan. Watch GT 3 SE mempunyai paparan AMOLED 1.43 inci dengan resolusi 466 x 466 piksel badan berukuran 46mm.

HUAWEI mendakwa bahawa ia hanya seberat 35.6g tanpa disambungkan dengan tali jam gentian polimer yang terdapat dalam warna Graphite Black dan Wilderness Green. Varian SE juga mempunyai susun atur butang yang sama seperti varian standard di mana mahkota digital (digital crown) dan butang fizikal diletakkan di sebelah kanannya.

Tambahan, Watch GT 3 SE boleh bertahan sehingga dua minggu dengan sekali pengecasan penuh. Ia juga menyokong ciri seperti HUAWEI TruSleep 3.0, lebih 100 mod senaman dan mempunyai pelbagai muka jam yang diprapasang. Terdapat satu set sensor pemantauan kesihatan dan ia kalis air 5 ATM.

Jika berminat, anda boleh prapesan HUAWEI Watch GT 3 SE dari 3 November hingga 11 November 2022. Ia dijual pada harga RM899 tetapi terdapat rebat RM200 jika dibeli dalam tempoh tempahan di atas. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version