Site icon TechNave BM

HUAWEI WATCH GT 4 hadir dengan warna Light Gold, kini sokong pembayaran QR eWallet TNG

Selain melancarkan satu siri produk, HUAWEI Malaysia juga telah mewujudkan perkongsian strategik dengan Touch ‘n Go hari ini dengan membenarkan pembayaran kod imbasan terus melalui HUAWEI WATCH GT 4.

HUAWEI mendakwa bahawa ini adalah peranti boleh pakai pertama di Malaysia yang menyokong fungsi ini. Walau bagaimanapun, HUAWEI belum lagi mengumumkan masa ketersediaannya untuk digunakan. Selain itu, HUAWEI juga telah menaik taraf siri WATCH GT 4 41mm dengan menambah warna Light Gold baharu berharga RM1,299.

HUAWEI WATCH GT 4 Light Gold akan tersedia untuk prapesanan mulai sekarang hingga 1 Februari dan ahadir dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM516 termasuk HUAWEI FreeBuds SE, HUAWEI EasyFit Fluoroelastomer Strap dan jaminan lanjutan 1+1 tahun.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version