Site icon TechNave BM

HUAWEI WATCH GT 6 dan produk audio lain akan dilancar pada 24 September 2025

HUAWEI mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan acara HUAWEI Wearable Audio New Product Launch Conference pada hari Rabu, 24 September 2025. Produk utama yang akan dilancar dalam acara ini termasuklah jam tangan pintar HUAWEI WATCH GT 6 serta produk-produk audio lain.

Maklumat rasmi mengenai WATCH GT 6 masih beleum diketahui sepenuhnya, namun beberapa maklumat kecil sudah pun diketahui seperti pilihan warnanya yang ditawarkan dalam warna perak dan hitam. Ia juga mengekalkan rekaan tombol dan mahkota (knob-and-crown) yang sinonim dengan siri HUAWEI WATCH.

Berdasarkan maklumat pengiktirafan daripada Emiriah Arab Bersatu, jam tangan ini didatangkan dalam varian Pro dan standard serta didatangkan dalam dua saiz iaitu 41mm dan 46mm. Satu lagi jam yang dijangka dalam acara ini ialah HUAWEI WATCH Ultimate 2.

Selain jam, beberapa produk audio yang dijangka dalam majlis pelancaran ini termasuklah HUAWEI FreeClip 2 dalam warna baharu “Denim Blue”.

Memandangkan HUAWEI akan menganjurkan acara pelancaran antarabangsa Ride the Wind di Perancis pada 19 September, kita boleh menjangkakan semua produk yang diperkenalkan pada acara itu untuk dibawa ke Malaysia pada 24 September.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk-produk HUAWEI baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version