Site icon TechNave BM

HUAWEI WATCH GT4 dalam warna Light Gold untuk Hari Kekasih

Jadikan Hari Kekasih ini lebih istimewa dengan memberinya kejutan HUAWEI WATCH GT4 41mm Light Gold yang eksklusif, direka untuk meningkatkan gaya harian sambil menampilkan tali Milanese Light Gold yang memberikan sentuhan anggun kepada pemakai.

Pengguna boleh memastikan kesihatan mereka dengan sensor yang dipertingkatkan seperti pemantauan jantung Truseen 5.5+ yang memberikan ketepatan 30% dan ketepatan 15% untuk tahap oksigen darah. Dalam pada itu, terdapat HUAWEI TruSleep 3.0 yang memantau tidur serta mengesan pernafasan pengguna semasa tidur.

Hayat baterinya boleh bertahan sehingga tujuh hari memberikan keselesaan penggunaan tanpa gangguan. Ia berharga RM1,299 dan disertai dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM516. Pembelian boleh dilakukan di laman web rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Store, Shopee dan Lazada.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version