Site icon TechNave BM

Huawei, Xiaomi, OPPO dan vivo bekerjasama untuk mencabar Google Play Store, baca respons Xiaomi

Sebelum ini, kita sudah sedia maklum tentang Huawei yang sedang berdepan dengan penyekatan AS terhadapnya, termasuklah penyekatan terhadap penggunaan Google Mobile Services (GMS). Terkini, Reuters melaporkan Huawei, Xiaomi, OPPO dan vivo bakal berganding bahu dalam membina platform alternatif kepada Google Play Store!

Anda kini boleh menjangkakan aplikasi gantian GMS lain seperti aplikasi sosial, game mudah alih, muzik dan sebagainya! Alternatif yang diberi nama Global Developer Service Alliance ini bakal dilancarkan pada Mac 2020. Anda perlu tahu bahawa platform ini akan meliputi sebanyak 9 negara termasuk India, Indonesia dan Rusia.

Apa pun, Xiaomi, OPPO dan vivo masih boleh menggunakan GMS. Perlu diingatkan juga bahawa tarikh pelancaran kolaborasi ini mungkin berubah berikutan wabak coronavirus yang melanda.

Kemas kini berita:

Terkini, Xiaomi telah memberi respons berkenaan hal ini. Global Developer Service Alliance adalah untuk memudahkan muat naik dan pembinaan aplikasi oleh pembina aplikasi melalui stor aplikasi Xiaomi, OPPO dan vivo. Tiada persaingan yang berlaku di antara servis ini dengan Google Play Store.

Anda boleh ke laman web Global Developer Service Alliance untuk melihat sendiri perkembangannya. Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Luahkan komen murni anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita rasmi mengenai kolaborasi ini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version