Site icon TechNave BM

HUAWEI Y7a diumum di Malaysia: Cas pantas 22.5W, empat kamera 48MP, skrin 6.67 inci berharga RM799

HUAWEI Malaysia hari ini telah mengumumkan sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang baru dalam siri Y7 iaitu HUAWEI Y7a. Telefon ini dilengkapi dengan beberapa spesifikasi menarik seperti pengecasan pantas 22.5W, bateri besar, empat kamera dan skrin besar.

Telefon ini mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh yang boleh dicaskan dengan teknologi pengecasan pantas 22.5W HUAWEI Supercharge di mana pengecasan selama 10 minit akan membolehkan Y7a digunakan selama dua jam. HUAWEI mengatakan pengecasan penuh boleh menyokong operasi skrin sehingga 16 jam.

Daripada segi fotografi, ia mempunyai empat kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Untuk penggambaran swafoto pula, ia mempunyai kamera hadapan 8MP.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HUAWEI Y7a:

HUAWEI Y7a akan mula dijual di Malaysia pada 30 Oktober dengan harga RM799. Setipa pembelian Y7a akan disertakan dengan akses 30 hari untuk HUAWEI Video dan storan awanan HUAWEI Cloud Storage 15GB selama 12 bulan secara percuma.

Layari laman web HUAWEI Malaysia untuk maklumat lanjut tentang telefon ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version