Site icon TechNave BM

Huawei Y7p diumumkan, dilengkapi bateri 4,000mAh, skrin 6.39 inci dan kamera tiga kanta

Huawei telah mengumumkan sebuah telefon pintar baru dalam siri Y iaitu Huawei Y7p. Telefon kelas pertengahan itu mempunyai cipset Kirin 710F dan dioperasikan oleh EMUI 9.1 yang berdasarkan Android Pie.

Daripada segi memori pula, ia mempunyai storan 64GB dan dilengkapi ruang kad microSD untuk tambahan storan sehingga 512GB. Paparannya pula adalah skrin LCD HD berukuran 6.39 inci dan kamera selfie 8MP berada di bahagian atas kiri skrin tersebut.

Di bahagian belakang kamera pula terdapat pengimbas cap jari dan kamera yang terdiri daripada tiga kanta iaitu kanta utama 48MP, kanta ultra-lebar 8MP dan kanta pengesan kedalaman 2MP. Telefon itu juga akan dikuasai oleh bateri berkapasiti 4,000mAh yang boleh dicas melalui hubungan microUSB dengan kuasa 10W.

Huawei Y7p boleh didapati dalam warna Midnight Black atau Aurora Blue.

Setakat ini masih belum ada tarikh rasmi untuk pelancaran telefon itu di Malaysia. Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak perlu tunggu lama kerana Huawei Y7p adalah sebahagian daripada barisan produk Huawei yang akan dilancarkan mulai 14 Februari ini.

Adakah anda berminat untuk menghadiahkan telefon ini kepada yang tersayang sempena Hari Kekasih? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version