Disney tidak lagi membenarkan pelanggan untuk mendaftar dan membeli langganan Hulu atau Disney+ melalui Apple Store. Hal ini adalah kerana untuk mengelakkan bayaran yuran langganan kepada Apple untuk penggunaan pembelian dalam aplikasi.
Walaupun begitu, pelanggan Hulu dan Disney+ masih boleh menonton kandungan di peranti Apple dengan log masuk ke akaun mereka melalui aplikasi iOS. Disney mengarahkan pelanggan untuk melawat laman rasminya untuk melihat semua pelan dan mendaftar secara langsung. Apple mengenakan yuran antara 15 hingga 30 peratus bagi setiap transaksi untuk pembelian digital.
Dengan menghapus pilihan pendaftaran melalui sistem pembelian dalam aplikasi, Disney tidak perlu membayar yuran kepada Apple dan akan diklasifikasikan sebagai aplikasi reader. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan pendapatan penstriman bersama dengan kenaikan harga dan tindakan terhadap perkongsian kata laluan.
Buat masa ini, Disney+ Hotstar di Malaysia masih menyokong langganan melalui App Store dan tidak ketahui bila ia akan dialih keluar. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: MacRumors

