Site icon TechNave BM

Hunny Madu luah perasaan tentang hubungan dengan ibu mertua dalam klip video bersama HappyFresh

HappyFresh, syarikat penghantaran barangan runcit atas talian pertama di Asia Tenggara bekerjasama dengan Hani Farhana atau lebih dikenali sebagai Hunny Madu, selebriti dan penyanyi di Malaysia untuk mengeluarkan video muzik baru.

HappyFresh merupakan antara syarikat pertama yang bekerjasama dengan selebriti tempatan dalam menghasilkan video muzik bagi pengguna mereka.

Video muzik yang berjudul “Wanna Be Happy” diarah oleh Ghaz Abu Bakar, pengarah tempatan terkenal yang telah mengeluarkan beberapa filem dan tayangan tempatan seperti Polis EVO dan Cicakman 3. Lagu ini memaparkan kesusahan seorang ibu selebriti dengan ibu mentua yang kerap mengganggunya kerana tidak berupaya melakukan kerja rumah dengan sempurna.

Lagu baru ini dilancarkan sempena kempen ibu mentua untuk menghentikan kesalahfahaman, pantang-larang dan halangan yang dihadapi generasi milenial dengan ibu mentua, isu yang tidak asing lagi bagi masyarakat Asia. Ia juga mempamerkan HappyFresh sebagai platform membeli barangan runcit dengan mudah untuk pelanggan mereka.

Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia, Hu Hun Hui berkata harapan kempen ini adalah untuk menolong generasi milenial mengeratkan hubungan dengan ibu mentua melalui muzik yang mempamerkan nilai kesatuan yang tertanam dalam jiwa masyarakat Malaysia.

Syarikat itu juga telah melancarkan e-dompet sebagai kaedah membayar terbaru untuk kalangan masyarakat yang biasa menggunakannya. Ia menyediakan kemudahan untuk membeli barangan runcit dan juga menambah baik infrastruktur. Pelanggan juga dapat menikmati diskaun sebanyak 50% atas pembelian barangan runcit sempena kempen ini.  

Beritahu kami pendapat anda tentang klip video ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version