Site icon TechNave BM

IBM hasilkan cipset 2nm, bateri telefon mampu tahan sehingga 4 hari!

Buat masa ini, cipset bersaiz 5nm adalah cipset paling maju yang digunakan oleh telefon pintar. Syarikat pembuatan cipset kini sedang menghasilkan cipset dengan saiz yang lebih kecil iaitu 4nm dan 3nm, namun ianya dijangka tidak akan masuki pasaran dalam masa terdekat.

Hari ini, IBM secara mengejut telah mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menghasilkan cipset bersaiz 2nm yang pertama di dunia. IBM menyatakan bahawa mereka telah memasukkan 50 bilion transistor ke dalam cipset yang kecil ini. Cipset ini dikatakan dapat menawarkan penambahan prestasi sebanyak 45% dengan pengurangan kuasa sebanyak 75% berbanding cipset 7nm.

Telefon pintar dengan cipset 2nm ini dikatakan mampu tahan sehingga 4 kali ganda lebih lama, sehingga 4 hari penggunaan. Selain dari telefon pintar, cipset 2nm ini juga akan memberi manfaat kepada komputer riba dan kenderaan autonomi.

Namun, perlu diberitahu bahawa cipset 2nm ini ada sebuah cip percubaan dan ianya belum lagi dalam fasa penghasilan secara besar-besaran.

Adakah anda menantikan cipset 2nm ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version